Khamis, 16 Jun 2011

Kalau tak adil tu maksudnya kejam la ?

Persoalan di atas menarik minat aku untuk aku mengomel-ngomel buat beberapa ketika . 
Aku jarang-jarang dapat mengomel kerana sikap aku yang suka merendah diri membuatkan pengomelan aku terbantut . Jadi aku harap bila aku stat mengomel , aku tidak akan dianggap kejam ! .

Ok kalau sebut adil saja , aku mesti fikirkan poligami . Kalau sebut adil saja aku mesti fikirkan anwar ibrahim . Kalau sebut adil saja aku mesti teringat raja . Sebab semua tu ada kaitan dengan KEADILAN yakni apa jua yang dilakukan adalah sama rata. Tapi if sebut kejam je mesti aku teringat belog DASAR LELAKI KEJAM ! . erk . Haha aku bukan apa , kadang-kadang terfikir jugak yang jika kita x berlaku adil , adakah kita dianggap kejam ? Lu orang ada jugak yang fikir camtu kan.
 
Actually x sepatutnya kita terus anggap kejam bila ada orang x berlaku adil terhadap kita . Taw pasal apa ? Pasal lu orang kena ingat adil ni sangat subjektif . Susah woo nak berlaku adil . Tambah2 kalau dalam bab poligami . Aku pon heran jugak macam mana brader salleh yaakob bole berlaku adil terhadap bini-bini dia . Yang paling aku musykil bila mai time malam . *sethtan mai dah. Susah woo nak melayan kerenah 4 pompuan dalam satu-satu masa . Pompuan ni paham2 la kan . Kalau tak paham rujuk entry ini . Kadang-kadang bila mengada-ngada susah nak handle beb ~ . Aku x rasa dia dah berlaku adil sepenuhnya terhadap bini-bini dia . Mesti ada yang makan hati jugak even sekejap . Tapi apa aku kesah pasal hidop brader salleh tu . Stil single lagi kalau aku cakap lebih2 pon . HAHA !


Kalau nak ikutkan dalam kehidupan kita pernah ke kita rasa semua benda yang jadi adil untuk kita ? Lu orang buat baik dekat orang , belum tentu lagi dia akan buat baik dekat lu orang. Membe lu orang baru lepas frust pasal kena dump dengan awek dia . Lu orang pon jadi la good listener bagi balik confident level membe lu orang stable . Kejap lagi sok lusa membe lu orang bole pula p date dgn awek lu orang . So adil x? . Abeh kita nak claim yg Allah tu kejam ? Allah tu x adil ? . Lu orang memang rubbish la ! . Sebab apa adil tu sangat subjektif , susah sangat nak ukur ? Sebabnya sangat mudah . Bila kita rasa satu benda tu sangat x adil maka secara automatiknya kita akan bermuhasabah diri kita balik . Kita rasa orang di sekeliling dah berlaku kejam terhadap kita . Itu turning point utk kita fikir balik tentang apa yang da jadi . Kalau semua benda adil ja untuk kita , masakan kita nak luangkan seminit dua untuk kita muhasabah diri ? imposible la wa cakap sama lu . 


Tapi kalau lu orang jenis keras kepala , tamau mengalah sampai muhasabah diri seboleh-boleh nak tolak jugak, lu orang jangan risau pasal secara tidak langsung lu orang da berlaku kejam terhadap diri sendiri . BODOH ! . Sampai x sedar diri sendiri da buat kejam .


Jadi aku nak simpulkan kat sini bahawa x adil tu bukan bermakna kejam tapi sebenarnya nak lu orang fikir , fikir dan fikir yang keadilan itu terlalu subjektif . Bukan setiap masa kita akan merasai keadilan di dunia ini . 


p/s : aku rasa tiba masa untuk aku menghuraikan kisah cinta aku . haha . ada berani ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan