Rabu, 28 Disember 2011

t e n t a n g D I A

Assalamualaikum guys.





Ini hari aku nak lu orang tahu siapa dia tu ! Ha nampak tak ketegasan aku tu ? sebab tu aku dengan suka hatinya meletakkan tajuk tentang dia serta gambar drama Tentang Dhia yang sedang menuju ke episod akhir minggu ni. Aku saja nak menarik perhatian lu orang dengan meletakkan gambar drama tersebut agar lu orang dapat mesej yang cuba aku nak sampaikan pada lu orang semua. Aku harap fokus lu orang tak hilang di pertengahan jalan dek sakit hati atau bengang dengan pendapat aku nih. 

Sekali lagi aku syak belambak-lambak makcik-makcik , awek-awek , kakak-kakak , jenab-jenab , joyah-joyah serta mereka dan keluarga mereka mengikuti drama tentang dhia tu. Aku jujur aku juga menonton tetapi hanya selepas pertengahan drama itu ditayangkan disebabkan komitmen aku terhadap waktu maghrib sangat tinggi. Oh ok aku tipu. Hakikatnya aku baru tahu drama tu selepas ramai yang sembang lebat sangat pasai adiputra memegang watak hero sopan santun lagi skema ayam. Jadi itu antaranya sebab aku tahu kewujudan drama tentang dhia. 

OK itu sejarah bagaimana aku boleh follow drama tersebut sebab aku enggan digelar lelaki jambu apabila menonton drama skeptikal melayu di tv. Angkuh bukan aku ni ? biasa la jiwa muda lelaki memang begitu. Jadi semalam, lepas aku tengok episod berapa entah yang memaparkan malang yang bertimpa kepada Dhia di mana ibu mertuanya menyalahkan dhia yang menyebabkan zikir kemalangan dan koma seminggu di hospital. Oh ya sebelum itu aku nak mencelah sikit la bila da teringat sebut nama zikir tu kan. Anggap ni iklan la ek dan jangan stop baca lagi taw ! Bukan apa dulu masa kat sekolah ada senior aku setahun nama zikir la. Lu orang tahu harap nama ja zikir tapi perangai macam mak lampir. Kaki pow junior, highflyer @ lompat pagar sekolah, kuat ponteng, mencuri semua lah. Haha sampai sekarang aku masih terkenangkan dia sebab banyak sangat dia buat kes sampai orang putih cakap last case. Kira lagi sekali dia buat kes tak kira lah kecik ke besar terus akan dibuang sekolah tanpa ragu-ragu lagi. Jadi motif kau cerita ? Hehe tak de pulak motif dalam iklan yang aku nak sampaikan ini. Sebab tu orang panggil iklan kan.

Jadi berbalik kepada episod kesedihan dhia yang aku cerita tadi, dapat aku melihat satu konflik dalam perkahwinan orang melayu yang tak pernah-pernah habis iaitu mak mertua dengan menantu cukup payah untuk satu kepala. Dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai isu mak mertua tak berkenan dengan menantu yang dipilih oleh anak sendiri. Tak pun isu menantu takut dengan mak mertua. Kenapa masalah ni wujud dan tak pernah selesai ? Lagi satu lu orang pernah dengar ke pasal ayah mertua cukup anti dengan menantu laki ke menantu perempuan ? Jarang-jarang sekali bukan ? Kiranya masalah berkaitan dengan lelaki dalam perkahwinan tak kira menantu perempuan dengan ayah mertua atau menantu lelaki dengan mak mertua jarang sangat berlaku. Semuanya berkisarkan PEREMPUAN dengan PEREMPUAN.

Mengapa ? Kenapa ? Sebab apa ? Aku pon sebenarnya tak boleh jawab jugak sebab apa jadi macam tuh cuma aku nampak punca terjadinya masalah-masalah macam ni datangnya dari perempuan jugak. esssss iiiiiiii kaayyyyyyy aaaaaaaa piiiiiiiii ! Ha boleh baca tak ? ha sikap perempuan tu sendiri. Perempuan ni kalo lu orang nak tahu cukup pantang melihat perempuan yang dia benci mengecapi kebahgiaan. Kiranya dia nak orang yang dia benci tu tak bahagia dan akan mengalami kesusahan. Bukan apa perempuan ni kuat cemburu so bila dia tengok orang yang dia benci tu bahagia dia tak suka la. Dalam konteks drama tentang dhia pulak, mak zikir tu kan tak suka dhia dari awal lagi dorang berkahwin jadi bila dia tengok pulak anak dia dengan perempuan yang dia tak suka tu bahagia mula la cemburu dan jadi geram la. Tu yang sampai ke sudah asyik nak susahkan dhia sampai sanggup buat ilmu hitam. Kalo lu orang tengok dari konteks kawan perempuan lu orang sendiri la, dorang punya gaduh lain sikit kan. Cakap-cakap mulut la then kadang-kadang hal sangat kecik tapi bila da mula bawak mulut sampai jadi isu besar. Jadi bila da taw kawan sendiri bawak mulut mula nak jauhkan diri la, hasut kawan lain supaya tak payah kawan dengan dia la and macam-macam lagi la. 

Disebabkan sikap-sikap perempuan tu sendiri la wujudnya watak mami jarum la , cerita bawang merah bawang putih la, cinderella la dan apa lagi ha ? Heheh semuanya berkisarkan keburukan sikap perempuan tu sendiri yang bawa masalah dan kebencian di kalangan mereka sendiri. Pernah dengar bapak jarum ? tak pernah kan kan. kehkehkeh ! 

Jadi kepada makcik-makcik, awek-awek,  kakak-kakak , jenab-jenab , joyah-joyah serta gf-gf semua yang meminati dan menonton drama tersebut diharapkan mengambil ikitibar dan pengajaran mengenai sikap perempuan itu sendiri. Ya la aku bukan apa cuma nak lihat di alam kemajuan  yang pesat ni tak nak dengarlah masalah berkaitan ibu mertuaku ini. Kalau kaum perempuan ni boleh berfikir dengan waras dan rasional macam kaum lelaki aku berani bet masalah ibu mertuaku ini dapat dikurangkan. Tak kanlah sampai Najib nak letak bawah dasar NKRA - mengurangkan peratus masalah ibu mertua yang tidak suka kepada menantu sendiri dari 80% kepada 79%. Namun begitu aku tak nafikan bahawa ada di kalangan perempuan yang bagus bila da lihat watak mak mertua dhia yang longkang sangat tu, mereka mula berazam untuk tidak menjadi sebegitu rupa. Tahniah kepada yang berazam. Akhir kata jangan tengok saja drama tu tapi moral of the story letak kat kaki ! APTB

p/s: aku harap zikir kembali kepada dhia kerana aku dah tak sanggup keluarkan air mataku ni !

3 ulasan:

  1. hye abg am.. da mula update blog yer.. huhu.. :D

    BalasPadam
  2. siapala yang buat cerita tentang Dhia ni.. byak sgt plot yang boleh dipertikaikan.. mmg trsgt tidak logik..

    BalasPadam
  3. kalau nak buat drama ikut logik agaknya lu la pelakon dia kan ? hikhik

    BalasPadam