Selasa, 29 November 2011

analogi Harimau Muda dan CINTA

Halo-halo dan Assalamualaikum..


Masih meratapi kekalahan harimau muda tempoh hari? Ini dia entry aku buat khas utk lu orang yang frust, kecewa, bengang, fedup, terkucil, terkejut dan sama erti lah.

Sebelum tu aku nak ucap tahniah yang tidak terhingga kepada semua player harimau muda kerana menunjukkan kualiti game yang memang aku rasa jauh ada peningkatan kalau nak banding sebelum nih. Kalah menang aku tamau ulas tapi orang putih kata this is a good lesson !

aku berani bet la mesti malam tu awek-awek bersepah tengok game malaysia. Mesti la tengok kalau bukan apek yang mata sepet tu main jadi kapten pulak, fadhli shas yang coolblog, dan yang terbaru nazmi faiz yang muka iras-iras Kaka sampai taksub panggil Kaka malaysia. Ni antara aset2 yang ada dalam skuad untuk pancing aweks tengok bola. Ni sebahagian nama yang aku nak sebut tapi ramai lagi la. Overall player yang ada dalam skuad harimau muda semua bergetah, ensem mcm aku, badan pulak sasa juga seperti aku. Confirm lepas ni ramai la yang admire sorang-sorang. untungggg laa !


Lu orang jangan salah paham pulak, aku bukan nak kata depa ni main bola semata-mata bersandarkan rupa sahaja tapi bakat dalam bola sepak tak boleh disangkal lagi. Sebab tu la dapat main malaysiah ! Orite berbalik kepada analogi yang aku ingin bagitau kt lu orang semua ialah eh jap . wah pandai pulak aku nak bagi analogi kan. Kalau najib dengan analogi perjuangan umno sama dengan semangat harimau muda, aku pulak lebih melihat kekalahan harimau muda kepada bahrain sebagai analogi yang sesuai dengan cinta. Siapa sangka malam tu 27 juta rakyat malaysia dah berkira-kira nak meraikan kemenangan malaysia malam tu bila leading 2-0 dah dan tinggal 10 minit lagi nak habis. Tapi sekelip mata dalam 5 minit sahaja apek lepas gol 3 bijik ! saya ulang 3 bijik ! Bukan sebijik bukan 2 bijik tetapi 3 bijik. Nampak seakan-akan tak logik bukan ? tapi itulah hakikat yang kita perlu terima.


Macam tu jugak kalau lu orang da 5 tahun kapel dengan awek lu orang, nampak macam nothing happen kan tapi kena ingat dalam tempoh 5 minit apa2 bole jadi. haaa memang soal hati dengan main bola ialah dua perkara yang sangat berbeza tapi masa yang ada belum ada jaminan apa pon. Kita hanya berusaha tetapi kalau Allah dah kata ' kun fa ya kun ' dalam 5 minit jugak sekelip mata kita bole hilang apa yang kita ada. Jadi seeloknya bila kita kapel nih , jangan bagi 100% sangat perasaan lu orang tu. Aku penah dengar yang pasangan dah kahwin pun tak boleh bagi perasaan seratus peratus inikan pulak baru nak melayari percintaan masa kapel. Sebab soal perasaan nih, kita kena simpan percentage untuk diri kita jugak. Kita tak pernah dan tak akan tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Kalau satu hari takdir dah tentukan yang ajal orang yang kita sangat sayang da sampai so masa tu la percentage yang kita simpan tu kita akan guna untuk back up apa-apa yang jadi. Kita tak akan rasa sedih yang melampau sangat bila kita tak bole terima sesuatu lebih-lebih lagi pasal ajal nih. So sama jugak kalau ditakdirkan awek lu orang tu tiba-tiba berubah hati sebab fahrin ahmad yang lamar dia, agak2 lu orang awek lu orang tu nak reject ? ha jangan nak cakap aku kenal la awek aku and dia x akan buat macam tu lah . Ah ! hati pon bole berubah sekelip mata tau cuma bergantung kepada keadaan la.

Semua yang dalam bukit jalil malam tu macam tu jugak perasaan diorang bila sekelip mata keceriaan kegembiraan kepuasan mereka bila harimau muda da skor 2 bijik sekelip mata saja semua terdiam dalam tempoh 5 minit bila Bahrain boleh comeback dengan 3 bijik terus. itu belum kira yang beribu-ribu dekat mamak tengah tengok live kat tv sampai ada yang tercekik thosai malah ada yang ketuk kepala mamak amek order pasal kecewa yang amat sangat. 







Jadi secara mudahnya anggap la apa yang mungkin kekal pada mata anda adalah sebenarnya pinjaman dari Allah semata-mata. Awek ke boyfriend ke yang lu orang ada juga sebenarnya pinjaman di dunia nih dan bila-bila masa sahaja bole hilang sekelip mata. Tiada yang mustahil makcik oi. 


p/s : macam bangang je analogi kau ! 

6 ulasan: