Isnin, 2 Januari 2012

Haramkah perjuangan ?

Assalamualaikum dua ribu dua belas .


Sebelum aku pergi dengan lebih kilometer lagi, sebenarnya aku tak nak la ulas tentang benda bangang yang jadi pada malam tahun baru. Ala tragedi berdarah dekat UPSI tu la. Ha apa ? tragedi berdarah ? KAHKAH tragedi berdarah konon ! CIS layakkah demonstrasi bangang tu dipanggil tragedi berdarah ? Lu orang jaga sikit mulut tu. Jika ada tembakan atau letupan yang menyebabkan kematian, yes itu baru layak dicanang sebagai tragedi berdarah. Lu orang tau aku punya la bangun pagi bukak facebook konon nak tengok la azam tahun baru awek-awek, tapi benda bangang yang ni jugak naik dekat wall aku. Naik semak aku caption nak power-power saja, semua nak hentam polis pastu nak raih simpati orang ramai. 

Aku bukan apa tak nak ulas benda bangang ni pasal lebih baik aku cakap pasal neelofa jadi pengacara kat nona tu sebab benda-benda camni tak semakkan kepala aku tetapi memberikan inspirasi bagaimana yang dikatakan perempuan cantik dan bijak. Woha ! Tapi atas kapasiti aku sebagai bakal perdana menteri ke-10 ingin melihat keamanan sejagat malaysia terus dapat dipelihara, aku gagahkan diri juga untuk menyatakan pendirian dan pendapat aku. hek !

Mereka menggelar kumpulan mereka mahasiswa, ingin dilayan dengan cara yang sopan tapi kalau dengan cara provokasi dekat abang-abang polis, macam mana orang lain nak respek dengan tindakan mereka ? . Korang ingat dengan cara demonstrasi menuntut kes adam adli digugurkan kemudian pihak UPSI tunduk pada desakan korang , ini dikira kemenangan ? itu bukan menang tapi bangang !. Korang rasa puas ke dengan buat cara macam tu ? Kalo betol-betol ingin berjuang untuk memansuhkan AUKU, setiap perjuangan pasti ada masa menang ada masa tewas. Ini hari mungkin kerajaan tidak tunduk pada desakan tetapi jika kena pada straregi yang disusun semula, idealisme perjuang dirangka semula, melihat semula kepentingan yang ada dalam memperjuangkan sesuatu, masa tu siapa-siapa pon yang menjadi kerajaan pada ketika itu pasti akan menyokong dengan kebangkitan minda golongan mahasiswa. Jangan kata kerajaan, pak boon juga akan turut serta dengan perjuangan yang dibawa. Perjuangan bukan sehari dik oi.

Aku menghina dan mengeji demonstrasi bangang ni bukan sebab aku malaun umno ataupun pejuang melayu pon. Ini bukan soal parti atau mengundi tetapi langsung aku xrespek dengan cara yang digunakan. Lu orang penah dengar kan tentang mata pena lebih tajam dari pisau yang menghiris. Difikirkan logik mestilah pisau lagi tajam daripada pen kan tetapi sebenarnya fungsi pen itu sendiri yang membuatkan ia lebih tajam dari pisau. Dakwat pen yang keluar membentuk ayat-ayat sinis itu yang akan menampakkan ketajaman. Sama jugak dalam soal ni, fungsi mahasiswa itu sebenarnya lebih power daripada fungsi demonstrasi itu sendiri sebab idealisme, pemikiran setiap orang yang digelar mahasiswa mempunyai power yang tiada tandingan sebenarnya. Tapi masing-masing da gelap hati konon demonstrasi ni boleh nampak power hebat gah otai la tapi akhirnya menampakkan kebodohan diri sendiri. Aku tak nampak pon kat mana power selain power menyerah diri untuk dipukul macam tu saja bila da taw polis tu tiada kesantunan bila bertindak. Bila aku tengok video demontrasi tu, diorang ni mula-mula berani la laung sana laung sini tapi bila polis da tarik untuk ditahan  kerana memulakan provokasi tak payahla nak lari meronta-ronta sebab itu namanya penakut pengecut. Berani buat berani tanggung. Dah cakap berhimpun tanpa senjata so apa yang nak ditakutkan kalau ditangkap pon ? Hanya diminta untuk memberi keterangan sahaja bila sampai di balai. Itu saja tetapi sebaliknya masing-masing nak melawan nak meronta menjerit  memaki hamun semua kata polis macam-macam dengan niat untuk melepaskan diri. Itu maksudnya diorang sudah tahu bahawa apa yang dilakukan sebenarnya melampaui dan menyalahi undang-undang sedia ada apabila cuba manghalang penjawat awam melakukan tugas serta ingin menceroboh masuk ke dalam kawasan UPSI.

Ini korang cakap perjuangan  ? ptttuuiiiiihhh !


" ANDA belum layak lagi untuk digelar pejuang tragedi berdarah hanya kerana inginkan kemenangan  dengan cara haram . namun tak mengapa. teruskan memberontak . mari buat kacau bilau sampai ibu ayah anda sendiri rasa tak senang duduk . Jangan risau, kemenangan yang haram akan sentiasa menjadi halal bila pemenang ditentukan dengan cara haram . "


Lu orang boleh juga rujuk video dan juga link ini.


Photobucket
Ini bukan perjuangan ini gelora nafsu !.




1 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam