Ahad, 5 Jun 2011

Kelahiran sebuah kekejaman !

Assalamualaikum ..


Tiada kata secantik bahasa . Apakah hanya kata sahaja yg mampu mencantikkan bahasa ? 
Tak terjawab soalan itu kerana ia tiada kaitan dengan tajuk yang diberi . 

KEJAM ! sering dikaitkan dengan rejim zionis . Bahalul-bahalul inilah yg sering membunuh manusia tanpa merasa belas kasihan kerana mereka ini sebenarnya binatang dan bukannya manusia . Kalau manusia sudah tentu rasa kasihan mereka akan terbit di kala senapang dihunuskan di kepala rakyat bumi palestin . 

Tapi itu rejim zionis ! bagaimana pula dengan KEJAM ! yang dikaitkan dengan LELAKI ? Ya kalau lu orang perasan , hanya gadis saja yg selalu sebut dasar lelaki KEJAM ! Sebab apa ? sebab laki x akan ckp mcm tu , dia akan cakap macam ni " DASAR POMPUAN GEDIK ! " . halamak ! hakikat kot gedik ~ . 


 
Disebabkan itulah terbinanya sebuah belog yang diberi judul DASAR LELAKI KEJAM !  kerana ingin memberi perspektif sesuatu kejadian di muka bumi berdasarkan apa yang dilihat dari sudut kekejaman ! kerana tidak semua makhluk akan melihat dari sudut yang positif tetapi akan melihat sesuatu yang terjadi itu sebagai KEJAM ! 

Contoh situasi yang boleh digunapakai ialah terjodohnya akak SITI dan DATUK K . Mungkib bagi sesetengah pihak akan melihat ia sebagai ' wedding of the year ' la , perkahwinan misai yang seksi la , siti ketagih aksi di ranjang la , dan macam2 lagi yang disebut pada awal perkahwinan mereka * erkk kenyang lauk kenduri kawen tadi . 

 Ketika ini wajah SITI masih kelihatan dara !

Namun lu orang penah fikir x bagi segelintir yang minat siti ni ? (secret admire tak diiktiraf) yang gila-gila punya menaruh perasaan bahawa mereka akan memiliki akak SITI pada suatu hari nanti ? Yes ! mereka inilah yang akan melihat dari perspektif kekejaman yang sungguh dasyat ! Mereka merasakan bahawa akak SITI telah bertindak kejam kerana memilih DATUK K . Mau pilih teruna terangtangtang x apa lagi tapi ni pilih duda al buaya . Sungguh KEJAM ! 

Maka diharapkan dengan adanya belog DASAR LELAKI KEJAM ! , ini boleh melembutkan setiap kekejaman yang berlaku di muka bumi . Kejam x bererti jahat .

Peace yaw ! Calo beti ~

4 ulasan: