Jumaat, 7 Oktober 2011

KEBANGKITAN semula


benci, benci, benci dan benci !


ini blog siapa ha ? berkurap saja aku tengok . org nak buat blog kau nak buat jugak . org nak menulis kau pun sebok nak menulis jugak . at last hangat-hangat taik ayam saja . sunyi sepi ! 


ok . maafin ya sama aku . aku akui aku belum cukup otai untuk buat blog yang cukup power , cukup menyentuh hati , cukup gempak dan cukup segala-galanya . namun aku masih punya semangat untuk terus mencurah segala idea aku , segala pendapat aku untuk sama2 kita berfikir bahawa semua orang punya bakat . haha . haha . ya 3 bulan lebih aku menyepi dari menjadi lelaki yang kejam kerana seperti biasa masa juga yang menjadi kekangan untuk membuka lembaran post yang baru dalam blog nih . jadi kepada semua yang hadir dan meninggalkan kesan pada shoutbox terima kasih tidak terhingga aku ucapkan pada lu orang . angka 20 pada folower juga  masih tidak berghanjak kerana puncanya dari aku juga yang hangat-hangat taik ayam . ayam betol ! . ok disebabkan itu aku namakan post yang baru ini sebagai kebangitan semula kerana aku ingin bangkit dari tidur yang lena selama ini . 

jadi buat tatapan lu orang semua , aku sajikan sebuah puisi yang sangat syahdu . eh ! aku pon x sure ini puisi atau tidak tapi apa yang pasti ini adalah luahan perasaan aku sendiri yang terperangkap dan menjadi mangsa keadaan CINTA ! . segala yang tertulis dalam luahan perasaan ini adalah kisah sebenar aku . dan paling aku tidak sangka adalah buat pertama kalinya aku mampu menterjemahkan perasaan aku dalam sebuah penulisan kerana apa ? kerana aku betul2 ikhlas berada dalam cinta itu . fuh ~~ . kerana cinta itu jugalah membuatkan aku berupaya untuk menjadi sejiwang itu . namun aku tidak pula merasa jijik dengan sejiwang aku itu kerana seperti aku bagitau tadi yang aku pada ketika itu betul2 ikhlas untuk membenarkan episod cinta bermula kembali . oleh yang demikian aku merasakan aku perlu share dengan lu orang tentang luahan perasaan itu agar lu orang tahu jugak situasi itu sebenarnya boleh berlaku

ok guys . ini dia .......



Masanya telah tiba


Saat yg paling cemas akhirnya datang jua,
Saat di mana kau terpaksa memilih antara dua,
Alhamdulillah aku berada antara dua itu,
Sesungguhnya nikmat antara dua itu sgt bermakna
Cinta pertama dan cinta kedua.
Siapa yang tidak tahu tentang cinta pertamamu
Cinta pertamamu bertahun lamanya
Bertahun lamanya cinta disemai namun kadang kala disulami onak dan duri
Di ketika cinta pertamamu semakin pudar dan layu

Tiba-tiba cinta kedua mula bertapak
Aku?..kehadiranku sebagai cinta kedua hanya beberapa ketika tetapi cukup memberi impak
Semakin lama semakin ada rasa antara cinta kedua sehingga cinta pertama makin dilupakan
Namun segala-galanya telah tertulis
Aku hadir dlm hidupmu bukan untuk dimiliki tetapi hanya untuk membetulkan keadaan..
Keadaan yang bergelora antara cinta pertamamu..
Kau tak berupaya untuk memecahkan benteng cinta pertamamu 
walaupun aku sudah yang terbaik

Memang benar kata orang, cinta pertama untuk perempuan adalah segalanya
Biarlah cinta pertama menjadi terlalu kusut, sakit, dan berbisa
Kata orang bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian .
Kini pilihanmu semakin tepat ,
Kerna aku bukan yang TERBAIK ! .

*Semoga Allah memberkati kalian berdua .



Yang Ikhlas ,

am




p/s: kpd yang mengenali aku , aku harap lu orang paham situasi aku . :')

Khamis, 30 Jun 2011

Kematangan .

im coming home baby ! 

OK ini hari aku nak sentuh bab kematangan pasal makin lama aku rasa aku dah cukup hensem untuk cakap pasal matang .
" Aku mahu matang sebab nampak ensem bila matang "
Haha itu adalah ayat yang selalu aku pegang masa zaman aku baru nak matang . Matang kalau bagi lelaki adalah pertama kali wet dream dengan kata lain air maninya keluar tanpa paksaan . Akil baligh la tu . 1st time aku wet dream aku ........... . 


Sabtu, 18 Jun 2011

Ini video berbaur lucah !

Dalam melalui hari-hari yang dipenuhi dengan pembaziran masa maka aku terjumpa video ini . Maaf kerana aku berkongsi video kelucahan ini kerana aku juga manusia hebat biasa yang punya nafsu macam lu orang juga . Jadi harapan aku agar lu orang memaafkan aku kerana hormon aku ketika ini begitu memuncak sehingga membuatkan aku tidak mampu untuk berfikir dengan waras ketika menulis entri ini . Maafkan aku kalian . 


Khamis, 16 Jun 2011

Kalau tak adil tu maksudnya kejam la ?

Persoalan di atas menarik minat aku untuk aku mengomel-ngomel buat beberapa ketika . 
Aku jarang-jarang dapat mengomel kerana sikap aku yang suka merendah diri membuatkan pengomelan aku terbantut . Jadi aku harap bila aku stat mengomel , aku tidak akan dianggap kejam ! .

Ok kalau sebut adil saja , aku mesti fikirkan poligami . Kalau sebut adil saja aku mesti fikirkan anwar ibrahim . Kalau sebut adil saja aku mesti teringat raja . Sebab semua tu ada kaitan dengan KEADILAN yakni apa jua yang dilakukan adalah sama rata. Tapi if sebut kejam je mesti aku teringat belog DASAR LELAKI KEJAM ! . erk . Haha aku bukan apa , kadang-kadang terfikir jugak yang jika kita x berlaku adil , adakah kita dianggap kejam ? Lu orang ada jugak yang fikir camtu kan.
 
Actually x sepatutnya kita terus anggap kejam bila ada orang x berlaku adil terhadap kita . Taw pasal apa ? Pasal lu orang kena ingat adil ni sangat subjektif . Susah woo nak berlaku adil . Tambah2 kalau dalam bab poligami . Aku pon heran jugak macam mana brader salleh yaakob bole berlaku adil terhadap bini-bini dia . Yang paling aku musykil bila mai time malam . *sethtan mai dah. Susah woo nak melayan kerenah 4 pompuan dalam satu-satu masa . Pompuan ni paham2 la kan . Kalau tak paham rujuk entry ini . Kadang-kadang bila mengada-ngada susah nak handle beb ~ . Aku x rasa dia dah berlaku adil sepenuhnya terhadap bini-bini dia . Mesti ada yang makan hati jugak even sekejap . Tapi apa aku kesah pasal hidop brader salleh tu . Stil single lagi kalau aku cakap lebih2 pon . HAHA !


Kalau nak ikutkan dalam kehidupan kita pernah ke kita rasa semua benda yang jadi adil untuk kita ? Lu orang buat baik dekat orang , belum tentu lagi dia akan buat baik dekat lu orang. Membe lu orang baru lepas frust pasal kena dump dengan awek dia . Lu orang pon jadi la good listener bagi balik confident level membe lu orang stable . Kejap lagi sok lusa membe lu orang bole pula p date dgn awek lu orang . So adil x? . Abeh kita nak claim yg Allah tu kejam ? Allah tu x adil ? . Lu orang memang rubbish la ! . Sebab apa adil tu sangat subjektif , susah sangat nak ukur ? Sebabnya sangat mudah . Bila kita rasa satu benda tu sangat x adil maka secara automatiknya kita akan bermuhasabah diri kita balik . Kita rasa orang di sekeliling dah berlaku kejam terhadap kita . Itu turning point utk kita fikir balik tentang apa yang da jadi . Kalau semua benda adil ja untuk kita , masakan kita nak luangkan seminit dua untuk kita muhasabah diri ? imposible la wa cakap sama lu . 


Tapi kalau lu orang jenis keras kepala , tamau mengalah sampai muhasabah diri seboleh-boleh nak tolak jugak, lu orang jangan risau pasal secara tidak langsung lu orang da berlaku kejam terhadap diri sendiri . BODOH ! . Sampai x sedar diri sendiri da buat kejam .


Jadi aku nak simpulkan kat sini bahawa x adil tu bukan bermakna kejam tapi sebenarnya nak lu orang fikir , fikir dan fikir yang keadilan itu terlalu subjektif . Bukan setiap masa kita akan merasai keadilan di dunia ini . 


p/s : aku rasa tiba masa untuk aku menghuraikan kisah cinta aku . haha . ada berani ?

Isnin, 13 Jun 2011

Lelaki Paling Kejam

Walawei , tajuk kau ! Ini bole bikin panas . Provoke kaum sendiri pulak . Kau jangan nak cari populariti dengan statement yang bukan2 . Nak cari pintu nak masok ISA la tu !

Woi-woi ! x sedar2 lagi ke lu orang nih. Belum baca dah cakap bukan2 pasal aku . Tajuk tu bukan nak cari pasal dengan semua jantan2 @ hero2 kat luar sana . Kang aku cakap bodoh piang lu orang lagi banyak mulut . Tapi itu la hakikat yang sedang lu orang hadapi . erk !
Orite dalam negara kita nih , banyak sgt lelaki  yang da semakin berani untuk kejam. Kejam skit2 aku tarak hal la sgt tapi ini da sampai tarik urat baran aku . Peh ! Bastard sgt kau .

Ok tamau cakap banyak dah , kali ni aku nak bagi tahu kat lu orang bahawa aku dah survey semua lelaki melayu dan aku da jumpa brader paling bastard .  

Khamis, 9 Jun 2011

Gadis akan bertindak kejam APABILA .......

Sebelum lu orang didedahkan dengan segala kekejaman berkaitan gadis-gadis nih , aku telah berjaya mengumpul feedback ataupun ' suap belakang ' dari aku punya kenalan berhubung dengan belog ini . Ada yang paham , ada yang x paham , buat2 x paham pon belambak , ada jugak yang kata aku merapu ! . Namun apa2 pon persepsi lu orang , aku akan terus survive untuk menghasilkan entri yang berkualiti sebab aku da lantik beberapa org panel yang akan melakukan QC ( Quality Control ) . Lu nampak ! betapa komitednya aku sehingga sanggup melakukan sedemikian . Aku bukannya apa , aku tamau kekejaman aku disalah anggap.


Orite . Izinkan aku untuk terus menghuraikan tentang beberapa perlakuan gadis yang boleh dikategorikan KEJAM !. Kalau lu orang perasan la kan , gadis-gadis akan bertindak KEJAM ! apabila terdapat situasi-situasi berikut :


1. Mood Swing  

sumber : google yaw

Haha ! aku ingat nak letak situasi ni last sekali tapi entah jauh di sudut hati aku  merasakan bahawa situasi ini lah paling kejam gadis akan bertindak .  Mereka akan memaki hamun tanpa ada batasan sekiranya ada sikit sahaja silap yang di lakukan . Contoh yang KEJAM ! penah aku tgk , ada sorang gadis ni , dia order milo suam kat brader tu then masa brader tu hantar milo suam tuh , gadis tu try la rasa dengan tangan dekat gelas tu . OMAKAU . Panas ! HAHA apa lagi dimaki hamunnya brader tu . @##$@#$*&! . Adei walhal benda tu sangat kecik kot . Kejap lagi sejuk la milo tu . Sabar la sket cik kak oi ! . Mana ada tahap kesuaman yang diiktiraf ! . Tapi disebabkan senggugut punya pasai benda kecik dianggap masalah dunia .
Setelah diteliti ada beberapa sebab mereka bertindak KEJAM ! . Antaranya  sebab sakit . Gila kau ! kalau dah sampai merengkok2 macam ulat bila senggugut tu datang . Memang jiwa kacau la . Semua benda x kena ! . 


2. Shopping  

Kejam doe !

Aku rasa situasi ni maybe berlaku bila kapel or yang da kawen pon bole jadi jugak . HAHA ! 
Gadis-gadis akan ada satu hormon ' shopaholic' . Shopping kira da jadi kemestian , kewajipan bagi mereka . So mereka akan ajak la balak untuk teman . Balak ni dah syg punya pasal kan so folow jela p shopping . Da teman tu pon da kira ok la kan . Tapi jangan la banyak songeh sangat . Mau nak pilih satu2 barang tu bukan main lama lagi ! . Warna x kena , saiz la x ngam . Macam2 kejadah la lagi . Pastu bila da banyak2 beg plastik kan , mula la gedik nak suruh balak tolong pegang . Yg bez semua beg bagi balak pegang . Apa salahnya sama2 pegang kan . " yang ringan sama dijinjing , yang berat sama dipikul " . Bagi aku ia dianggap KEJAM ! . Sebab tu bagi yang dah kawen kadang2 ada bapa2 yang cerdik , dia akan tunggu dalam kereta atau pun buat2 bz pergi tengok barang lain konon untuk barang rumah . Bukan apa sebab dulu da muak sangat dengan tabiat shopping yang tidak berperikemanusiaan dan at last bila da berumur ni malas la nak teman bagai .



3. Makan
ini bukan awek aku mahupun lu orang .


Makan pon KEJAM ! jugak ? Eh KEJAM ! . Taw pasal apa ? . Lu orang ada awek kan ? cuba perhatikan masa diorang tengah makan . Comel kan ? Dengan bibir yang sedang mengunyah makanan peh ! seksi habes wOOo . Nak2 lak ada nasi melekat kat pipi then lu orang pon cakap " eh u ni even ada nasi terlekat dekat pipi tp stil maintain cute " Awek lu orang pon apa ag malu2 la sambil lap la nasi tadi . Jadi apa yang kejamnya ? Lu orang abaikan muka awek lu orang yang comel tadi sebab kecomelan mereka akan terlupus dengan sendirinya . Pasal awek lu orang da berlaku KEJAM ! terhadap nasi tadi . Awek lu orang membazir makanan oke ! . Gadis-gadis selalu akan cakap lapar gilak la , perut kosong la tapi kejap lagi lepas da jamah dua tiga mulut , kenyang terus . Nasi ta banyak pon tapi stil ta bole habeskan jugak . KEJAM ! terhadap nasi tu ~ . Org tua2 macam aku selalu cakap kalau makan nasi x habes , nanti nasi tu menangis . KEJAM ! la tu. 

4. Sedang menonton movie hindustan @ korea . 

serius ini cerita korea !
Kalau pasal tengok movie ni , aku xsure la kejam sangat ke x tapi yang pasti kadang kala akan berlaku jugak kekejamannya . HAHA ! Sebab apa aku mention hindustan @ korea ? Sebab kalau lu orang perasan movie genre ini lebih kepada cerita yang berkhayal di mana gadis-gadis ini akan membawa diri mereka untuk terus hanyut dalam penceritaan tersebut . Imaginasi gadis akan lebih power apabila menonton hindustan @ korea . Jadi apa yang kejamnya ialah mereka ini terlalu khusyuk sehinggakan apa satu kerja pon x jadi ! . Kalau mak diorang suruh masok dapur time tu pon , mak-mak terpaksa pakai volume paling kuat untuk jerit dan panggil si gadis ini. wah ! KEJAM ! . Itu belum masok bab reply msg . kompom x terbalas msg2 yg masok time tu . KHAYAL BEB !


5. PLAYGIRL !  

Terlalu kejam untuk dihuraikan !



Kesimpulannya , aku listkan semua point2 ni sekadar pendapat aku saja . Jangan nak blame aku lak pasni . Kang aku respon KEJAM ! kat lu orang . Aku pon ada senggugut jugak taw . Tapi lu orang apa kesahkan . Kejam x bererti jahat .

Peace yaw ~