Isnin, 2 Januari 2012

Haramkah perjuangan ?

Assalamualaikum dua ribu dua belas .


Sebelum aku pergi dengan lebih kilometer lagi, sebenarnya aku tak nak la ulas tentang benda bangang yang jadi pada malam tahun baru. Ala tragedi berdarah dekat UPSI tu la. Ha apa ? tragedi berdarah ? KAHKAH tragedi berdarah konon ! CIS layakkah demonstrasi bangang tu dipanggil tragedi berdarah ? Lu orang jaga sikit mulut tu. Jika ada tembakan atau letupan yang menyebabkan kematian, yes itu baru layak dicanang sebagai tragedi berdarah. Lu orang tau aku punya la bangun pagi bukak facebook konon nak tengok la azam tahun baru awek-awek, tapi benda bangang yang ni jugak naik dekat wall aku. Naik semak aku caption nak power-power saja, semua nak hentam polis pastu nak raih simpati orang ramai. 

Aku bukan apa tak nak ulas benda bangang ni pasal lebih baik aku cakap pasal neelofa jadi pengacara kat nona tu sebab benda-benda camni tak semakkan kepala aku tetapi memberikan inspirasi bagaimana yang dikatakan perempuan cantik dan bijak. Woha ! Tapi atas kapasiti aku sebagai bakal perdana menteri ke-10 ingin melihat keamanan sejagat malaysia terus dapat dipelihara, aku gagahkan diri juga untuk menyatakan pendirian dan pendapat aku. hek !

Mereka menggelar kumpulan mereka mahasiswa, ingin dilayan dengan cara yang sopan tapi kalau dengan cara provokasi dekat abang-abang polis, macam mana orang lain nak respek dengan tindakan mereka ? . Korang ingat dengan cara demonstrasi menuntut kes adam adli digugurkan kemudian pihak UPSI tunduk pada desakan korang , ini dikira kemenangan ? itu bukan menang tapi bangang !. Korang rasa puas ke dengan buat cara macam tu ? Kalo betol-betol ingin berjuang untuk memansuhkan AUKU, setiap perjuangan pasti ada masa menang ada masa tewas. Ini hari mungkin kerajaan tidak tunduk pada desakan tetapi jika kena pada straregi yang disusun semula, idealisme perjuang dirangka semula, melihat semula kepentingan yang ada dalam memperjuangkan sesuatu, masa tu siapa-siapa pon yang menjadi kerajaan pada ketika itu pasti akan menyokong dengan kebangkitan minda golongan mahasiswa. Jangan kata kerajaan, pak boon juga akan turut serta dengan perjuangan yang dibawa. Perjuangan bukan sehari dik oi.

Aku menghina dan mengeji demonstrasi bangang ni bukan sebab aku malaun umno ataupun pejuang melayu pon. Ini bukan soal parti atau mengundi tetapi langsung aku xrespek dengan cara yang digunakan. Lu orang penah dengar kan tentang mata pena lebih tajam dari pisau yang menghiris. Difikirkan logik mestilah pisau lagi tajam daripada pen kan tetapi sebenarnya fungsi pen itu sendiri yang membuatkan ia lebih tajam dari pisau. Dakwat pen yang keluar membentuk ayat-ayat sinis itu yang akan menampakkan ketajaman. Sama jugak dalam soal ni, fungsi mahasiswa itu sebenarnya lebih power daripada fungsi demonstrasi itu sendiri sebab idealisme, pemikiran setiap orang yang digelar mahasiswa mempunyai power yang tiada tandingan sebenarnya. Tapi masing-masing da gelap hati konon demonstrasi ni boleh nampak power hebat gah otai la tapi akhirnya menampakkan kebodohan diri sendiri. Aku tak nampak pon kat mana power selain power menyerah diri untuk dipukul macam tu saja bila da taw polis tu tiada kesantunan bila bertindak. Bila aku tengok video demontrasi tu, diorang ni mula-mula berani la laung sana laung sini tapi bila polis da tarik untuk ditahan  kerana memulakan provokasi tak payahla nak lari meronta-ronta sebab itu namanya penakut pengecut. Berani buat berani tanggung. Dah cakap berhimpun tanpa senjata so apa yang nak ditakutkan kalau ditangkap pon ? Hanya diminta untuk memberi keterangan sahaja bila sampai di balai. Itu saja tetapi sebaliknya masing-masing nak melawan nak meronta menjerit  memaki hamun semua kata polis macam-macam dengan niat untuk melepaskan diri. Itu maksudnya diorang sudah tahu bahawa apa yang dilakukan sebenarnya melampaui dan menyalahi undang-undang sedia ada apabila cuba manghalang penjawat awam melakukan tugas serta ingin menceroboh masuk ke dalam kawasan UPSI.

Ini korang cakap perjuangan  ? ptttuuiiiiihhh !


" ANDA belum layak lagi untuk digelar pejuang tragedi berdarah hanya kerana inginkan kemenangan  dengan cara haram . namun tak mengapa. teruskan memberontak . mari buat kacau bilau sampai ibu ayah anda sendiri rasa tak senang duduk . Jangan risau, kemenangan yang haram akan sentiasa menjadi halal bila pemenang ditentukan dengan cara haram . "


Lu orang boleh juga rujuk video dan juga link ini.


Photobucket
Ini bukan perjuangan ini gelora nafsu !.




Rabu, 28 Disember 2011

t e n t a n g D I A

Assalamualaikum guys.





Ini hari aku nak lu orang tahu siapa dia tu ! Ha nampak tak ketegasan aku tu ? sebab tu aku dengan suka hatinya meletakkan tajuk tentang dia serta gambar drama Tentang Dhia yang sedang menuju ke episod akhir minggu ni. Aku saja nak menarik perhatian lu orang dengan meletakkan gambar drama tersebut agar lu orang dapat mesej yang cuba aku nak sampaikan pada lu orang semua. Aku harap fokus lu orang tak hilang di pertengahan jalan dek sakit hati atau bengang dengan pendapat aku nih. 

Sekali lagi aku syak belambak-lambak makcik-makcik , awek-awek , kakak-kakak , jenab-jenab , joyah-joyah serta mereka dan keluarga mereka mengikuti drama tentang dhia tu. Aku jujur aku juga menonton tetapi hanya selepas pertengahan drama itu ditayangkan disebabkan komitmen aku terhadap waktu maghrib sangat tinggi. Oh ok aku tipu. Hakikatnya aku baru tahu drama tu selepas ramai yang sembang lebat sangat pasai adiputra memegang watak hero sopan santun lagi skema ayam. Jadi itu antaranya sebab aku tahu kewujudan drama tentang dhia. 

OK itu sejarah bagaimana aku boleh follow drama tersebut sebab aku enggan digelar lelaki jambu apabila menonton drama skeptikal melayu di tv. Angkuh bukan aku ni ? biasa la jiwa muda lelaki memang begitu. Jadi semalam, lepas aku tengok episod berapa entah yang memaparkan malang yang bertimpa kepada Dhia di mana ibu mertuanya menyalahkan dhia yang menyebabkan zikir kemalangan dan koma seminggu di hospital. Oh ya sebelum itu aku nak mencelah sikit la bila da teringat sebut nama zikir tu kan. Anggap ni iklan la ek dan jangan stop baca lagi taw ! Bukan apa dulu masa kat sekolah ada senior aku setahun nama zikir la. Lu orang tahu harap nama ja zikir tapi perangai macam mak lampir. Kaki pow junior, highflyer @ lompat pagar sekolah, kuat ponteng, mencuri semua lah. Haha sampai sekarang aku masih terkenangkan dia sebab banyak sangat dia buat kes sampai orang putih cakap last case. Kira lagi sekali dia buat kes tak kira lah kecik ke besar terus akan dibuang sekolah tanpa ragu-ragu lagi. Jadi motif kau cerita ? Hehe tak de pulak motif dalam iklan yang aku nak sampaikan ini. Sebab tu orang panggil iklan kan.

Jadi berbalik kepada episod kesedihan dhia yang aku cerita tadi, dapat aku melihat satu konflik dalam perkahwinan orang melayu yang tak pernah-pernah habis iaitu mak mertua dengan menantu cukup payah untuk satu kepala. Dari dulu sampai sekarang tak pernah selesai isu mak mertua tak berkenan dengan menantu yang dipilih oleh anak sendiri. Tak pun isu menantu takut dengan mak mertua. Kenapa masalah ni wujud dan tak pernah selesai ? Lagi satu lu orang pernah dengar ke pasal ayah mertua cukup anti dengan menantu laki ke menantu perempuan ? Jarang-jarang sekali bukan ? Kiranya masalah berkaitan dengan lelaki dalam perkahwinan tak kira menantu perempuan dengan ayah mertua atau menantu lelaki dengan mak mertua jarang sangat berlaku. Semuanya berkisarkan PEREMPUAN dengan PEREMPUAN.

Mengapa ? Kenapa ? Sebab apa ? Aku pon sebenarnya tak boleh jawab jugak sebab apa jadi macam tuh cuma aku nampak punca terjadinya masalah-masalah macam ni datangnya dari perempuan jugak. esssss iiiiiiii kaayyyyyyy aaaaaaaa piiiiiiiii ! Ha boleh baca tak ? ha sikap perempuan tu sendiri. Perempuan ni kalo lu orang nak tahu cukup pantang melihat perempuan yang dia benci mengecapi kebahgiaan. Kiranya dia nak orang yang dia benci tu tak bahagia dan akan mengalami kesusahan. Bukan apa perempuan ni kuat cemburu so bila dia tengok orang yang dia benci tu bahagia dia tak suka la. Dalam konteks drama tentang dhia pulak, mak zikir tu kan tak suka dhia dari awal lagi dorang berkahwin jadi bila dia tengok pulak anak dia dengan perempuan yang dia tak suka tu bahagia mula la cemburu dan jadi geram la. Tu yang sampai ke sudah asyik nak susahkan dhia sampai sanggup buat ilmu hitam. Kalo lu orang tengok dari konteks kawan perempuan lu orang sendiri la, dorang punya gaduh lain sikit kan. Cakap-cakap mulut la then kadang-kadang hal sangat kecik tapi bila da mula bawak mulut sampai jadi isu besar. Jadi bila da taw kawan sendiri bawak mulut mula nak jauhkan diri la, hasut kawan lain supaya tak payah kawan dengan dia la and macam-macam lagi la. 

Disebabkan sikap-sikap perempuan tu sendiri la wujudnya watak mami jarum la , cerita bawang merah bawang putih la, cinderella la dan apa lagi ha ? Heheh semuanya berkisarkan keburukan sikap perempuan tu sendiri yang bawa masalah dan kebencian di kalangan mereka sendiri. Pernah dengar bapak jarum ? tak pernah kan kan. kehkehkeh ! 

Jadi kepada makcik-makcik, awek-awek,  kakak-kakak , jenab-jenab , joyah-joyah serta gf-gf semua yang meminati dan menonton drama tersebut diharapkan mengambil ikitibar dan pengajaran mengenai sikap perempuan itu sendiri. Ya la aku bukan apa cuma nak lihat di alam kemajuan  yang pesat ni tak nak dengarlah masalah berkaitan ibu mertuaku ini. Kalau kaum perempuan ni boleh berfikir dengan waras dan rasional macam kaum lelaki aku berani bet masalah ibu mertuaku ini dapat dikurangkan. Tak kanlah sampai Najib nak letak bawah dasar NKRA - mengurangkan peratus masalah ibu mertua yang tidak suka kepada menantu sendiri dari 80% kepada 79%. Namun begitu aku tak nafikan bahawa ada di kalangan perempuan yang bagus bila da lihat watak mak mertua dhia yang longkang sangat tu, mereka mula berazam untuk tidak menjadi sebegitu rupa. Tahniah kepada yang berazam. Akhir kata jangan tengok saja drama tu tapi moral of the story letak kat kaki ! APTB

p/s: aku harap zikir kembali kepada dhia kerana aku dah tak sanggup keluarkan air mataku ni !

Selasa, 29 November 2011

analogi Harimau Muda dan CINTA

Halo-halo dan Assalamualaikum..


Masih meratapi kekalahan harimau muda tempoh hari? Ini dia entry aku buat khas utk lu orang yang frust, kecewa, bengang, fedup, terkucil, terkejut dan sama erti lah.

Sebelum tu aku nak ucap tahniah yang tidak terhingga kepada semua player harimau muda kerana menunjukkan kualiti game yang memang aku rasa jauh ada peningkatan kalau nak banding sebelum nih. Kalah menang aku tamau ulas tapi orang putih kata this is a good lesson !

aku berani bet la mesti malam tu awek-awek bersepah tengok game malaysia. Mesti la tengok kalau bukan apek yang mata sepet tu main jadi kapten pulak, fadhli shas yang coolblog, dan yang terbaru nazmi faiz yang muka iras-iras Kaka sampai taksub panggil Kaka malaysia. Ni antara aset2 yang ada dalam skuad untuk pancing aweks tengok bola. Ni sebahagian nama yang aku nak sebut tapi ramai lagi la. Overall player yang ada dalam skuad harimau muda semua bergetah, ensem mcm aku, badan pulak sasa juga seperti aku. Confirm lepas ni ramai la yang admire sorang-sorang. untungggg laa !


Lu orang jangan salah paham pulak, aku bukan nak kata depa ni main bola semata-mata bersandarkan rupa sahaja tapi bakat dalam bola sepak tak boleh disangkal lagi. Sebab tu la dapat main malaysiah ! Orite berbalik kepada analogi yang aku ingin bagitau kt lu orang semua ialah eh jap . wah pandai pulak aku nak bagi analogi kan. Kalau najib dengan analogi perjuangan umno sama dengan semangat harimau muda, aku pulak lebih melihat kekalahan harimau muda kepada bahrain sebagai analogi yang sesuai dengan cinta. Siapa sangka malam tu 27 juta rakyat malaysia dah berkira-kira nak meraikan kemenangan malaysia malam tu bila leading 2-0 dah dan tinggal 10 minit lagi nak habis. Tapi sekelip mata dalam 5 minit sahaja apek lepas gol 3 bijik ! saya ulang 3 bijik ! Bukan sebijik bukan 2 bijik tetapi 3 bijik. Nampak seakan-akan tak logik bukan ? tapi itulah hakikat yang kita perlu terima.


Macam tu jugak kalau lu orang da 5 tahun kapel dengan awek lu orang, nampak macam nothing happen kan tapi kena ingat dalam tempoh 5 minit apa2 bole jadi. haaa memang soal hati dengan main bola ialah dua perkara yang sangat berbeza tapi masa yang ada belum ada jaminan apa pon. Kita hanya berusaha tetapi kalau Allah dah kata ' kun fa ya kun ' dalam 5 minit jugak sekelip mata kita bole hilang apa yang kita ada. Jadi seeloknya bila kita kapel nih , jangan bagi 100% sangat perasaan lu orang tu. Aku penah dengar yang pasangan dah kahwin pun tak boleh bagi perasaan seratus peratus inikan pulak baru nak melayari percintaan masa kapel. Sebab soal perasaan nih, kita kena simpan percentage untuk diri kita jugak. Kita tak pernah dan tak akan tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Kalau satu hari takdir dah tentukan yang ajal orang yang kita sangat sayang da sampai so masa tu la percentage yang kita simpan tu kita akan guna untuk back up apa-apa yang jadi. Kita tak akan rasa sedih yang melampau sangat bila kita tak bole terima sesuatu lebih-lebih lagi pasal ajal nih. So sama jugak kalau ditakdirkan awek lu orang tu tiba-tiba berubah hati sebab fahrin ahmad yang lamar dia, agak2 lu orang awek lu orang tu nak reject ? ha jangan nak cakap aku kenal la awek aku and dia x akan buat macam tu lah . Ah ! hati pon bole berubah sekelip mata tau cuma bergantung kepada keadaan la.

Semua yang dalam bukit jalil malam tu macam tu jugak perasaan diorang bila sekelip mata keceriaan kegembiraan kepuasan mereka bila harimau muda da skor 2 bijik sekelip mata saja semua terdiam dalam tempoh 5 minit bila Bahrain boleh comeback dengan 3 bijik terus. itu belum kira yang beribu-ribu dekat mamak tengah tengok live kat tv sampai ada yang tercekik thosai malah ada yang ketuk kepala mamak amek order pasal kecewa yang amat sangat. 







Jadi secara mudahnya anggap la apa yang mungkin kekal pada mata anda adalah sebenarnya pinjaman dari Allah semata-mata. Awek ke boyfriend ke yang lu orang ada juga sebenarnya pinjaman di dunia nih dan bila-bila masa sahaja bole hilang sekelip mata. Tiada yang mustahil makcik oi. 


p/s : macam bangang je analogi kau ! 

Selasa, 25 Oktober 2011

loser or winner ?

lu orang pernah rasa tak bagaimana berperang dengan perasaan sendiri ? Ya maksud aku lu orang perlu berhadapan macam2 perasaan yang ada dalam diri lu orang . huh ! sekejap rasa itu sekejap rasa macam ni. sebenarnya aku sedang melalui fasa-fasa berperang dengan perasaan sendiri. Aku rasa macam tak patut pun ada sebab sepatutnya dengan kudrat aku, ina'iah yang diberi sepatutnya aku berperang dengan musuh-musuh Islam, penderhaka-penderhaka Nabi Muhammad SAW, berperang dengan durjana-durjana neraka. pendek kata lebih baik aku berperang di jalan Allah. Itu lebih menguntungkan diri aku dan memberi saham di akhirat sana. 


Namun apabila melibatkan soal perasaan maka aku seringkali tertewas, seringkali tertunduk lesu. Sebab tu aku terpaksa berperang dengan perasaan aku sendiri. Lu orang cakap senanglah pasal lu orang da matang. aku ni ha tak penah2 matang. kalau lu orang tengok muka aku pon mesti lu orang cakap aku tak matang. hakhak ! ok, ok aku continue, barangkali aku berperang dengan perasaan aku sendiri sebab mungkin aku keliru dengan apa yang aku rasa sekarang ni. Lu orang penah baca kan masanya telah tiba ? jadi segala macam yang jadi dulu da menghantui aku balik. mungkin lu orang tak berapa nak paham kan sebab dalam masanya telah tiba tu bunyi macam aku redha dan pasrah tetapi sampai ke hari ini aku masih lagi contact dengan dia even dia da wat keputusan pon untuk go on dengan bf dia. ya memang aku pasrah dan redha tapi aku ta bole lagi nak move on. aku stil anggap aku masih lagi on the track sebab dia stil mahu share apa jua problem dia dengan aku, share pada aku tentang kesedihan yang dialami. kadang-kadang dia sanggop cerita balik tentang movie korea yang dia dah tengok. haha lu orang gelak la tapi itu sebenarnya menunjukkan apa jua benda yang dia buat even benda yang happy, dia akan share dgn aku dan bukan dgn bf dia. sebab apa ? sebab dia sangat selesa setiap kali share something dgn aku dan yang paling penting, oh ok aku nak lu orang dengar baik2 ayat aku nak tulis ni.

##### sayangkan awak lagi dan akan sentiasa ada untuk awak. 
biarlah masa yang tentukan keadaan kita.
*nama terpaksa aku rahsiakan atas sebab-sebab tertentu dan nama aku sendiri aku ganti sebagai awak.


Jadi aku melihat diri aku dalam dua keadaan iaitu loser dan juga winner. Aku mungkin loser sebab tak dapat memecah benteng cinta pertama dia. tapi pada masa yang sama aku juga winner sebab even dia dah ada bf tapi stil ada certain-certain part dia akan cari aku. Sehinggakan dia merasakan kalaulah bf dia bergabung dengan aku dan menjadi satu maka dia akan merasakan dirinya perempuan yang paling beruntung dalam dunia ini sebab dapat memiliki kedua-duanya. 


Oleh itu setelah aku berperang dengan perasaan aku sendiri maka, aku dapat merumuskan bahawa aku akan teruskan hubungan gelap aku ini walaupun mungkin aku akan berhadapan dengan macam2 risiko dan aku menyerahkan kesemuanya kepada takdir Allah SWT. Mungkin kesannya teruk di kemudian hari tetapi aku rela untuk bahagia sekejap dan derita di akhir nanti sebab bagi aku keserasian antara aku dan dia sukar untuk dicari. Selagi aku masih bersama dengannya selagi itu aku akan happy. Dia mungkin jodoh aku dan mungkin bukan jodoh aku. Andai kata satu hari nanti dia perlu buang aku, aku redha sebab at least aku pernah berusaha dan sempat merasai saat- saat manis, berkongsi segala macam dan paling penting aku pernah menjadi lelaki kedua yang pernah mencuit hati dan perasaannya.




aku optimis !




p/s : bisa sangat bila hati dah mula sayang pada kepunyaan orang lain.

Selasa, 11 Oktober 2011

Antara kucing & pompuan .

Hai kucing hai pompuan .

Antara kucing dan pompuan ni aku perasan ada benda yang kejam . Benda apa yang kejam ?
Orite biar aku cerita sama lu orang apa benda yang kejam antara kedua-dua makhluk nih.

Sekarang aku nak tanya dgn lu orang semua , antara kucing dgn manusia siapa tuan ? Kompom la manusia tu tuan pada kucing tu kan . mana ada kucing jadi tuan pada manusia . Tapi  lu orang pikir btol2 manusia tuan atau kucing yang jadi tuan  ? ok cuba lu orang tengok kucing di seluruh pelusuk bumi atau awek lu orang punya kucing .


makanan siapa yang sediakan ? 





tempat tinggal  yang selesa .






Semua tu siapa yang sediakan , kompom la manusia !




so apa yang kucing kena buat ? jilat bulu sendiri , main-main dengan tali , kejap2 lari kejap2 jalan . Paling sempoi adalah Zzz Zzz . Hidup kucing ni macam raja semua benda manusia kena sediakan . Jadi kucing ni ibarat raja dan manusia hanyalah khadam kpd kucing . sekali tengok memang manusia tuan dan kucing hanyalah haiwan peliharaan . Tapi bila tengok banyak2 kali yang jadi tuan ialah kucing . Manusia yang berkhidmat utk kucing . Kucing yang rilex2 kan . mengayat kucing betina sebelah rumah , bertumbuk dgn kucing jantan liar . itu saja .

sekarang baru aku nak cerita pasal pompuan . sama juga dengan hubungan laki dan pompuan . kadang2 bila aku tengok dari satu sudut , memang laki yang jadi ketua , pemimpin keluarga , ada bini ada anak2 . Tapi bila tengok dari sudut lain , pompuan yang memiliki suami . bini yang jadi tuan dan dia yang akan tentukan hidup laki dia . nak keluar rumah x boleh . nak tengok bola dengan kwn2 x bole . kena balik awal . nak beli PSP pon kena tnya dulu . apa kejadah ni ? aku ingat laki yang jadi tuan pada keluarga tapi kadang2 ada jugak yang jadi macam ni . xpa la maybe ada reason si bini tu buat mcm tu . laki dia entah2 memang stok gatai gila babi punya . kalau da kawen , masing2 ada hak ke atas pasangan sendiri .

tapi kalau stil dalam couple . belum kawen lagi dah control macam2 . setiap sejam mesti kena buat repot . call tanya ada kat mana dengan siapa .  haha kronik sangat dah tu . nak jadi tuan pon agak-agak la. bia kawen dulu . ini belum apa2 mau control hidup dah .

KEJAM sangat !




jadi kepada yang stil virgin , gunakanlah masa yang ada ini untuk buat apa saja yang lu orang nak tanpa ada kongkongan setinggi 18 meter !  masa bujang hanya sekali !


p/s: saya sayang tuan saya ! erk ~